Tips

Kawalan semut dan anai-anai

"Aaahhhhh, anai-anai! habis reput tiang ni.... Alamak runtuhla rumah kita nanti...."

Ayat tersebut selalu kita dengar bila anai-anai atau semut mula menginap dimana-mana bahagian rumah kita.
Tindakan segera yang kita akan ambil selalunya mendapatkan racun serangga dan disembur terus kepada serangga berkenaan. Tahukah anda bahaya tidakan anda itu bukan sahaja membunuh makhluk kecil yang sebenarnya membantu kita dalam banyak hal yang lain yang kita tidak pernah bayangkan.

Oleh yang demikian saya cadangkan agar kita gantikan penggunaan racun tersebut kepada bahan yang lebih mesra alam dengan menggunakan bahan di bawah :

1/4 ketul sabun cap buruh + 1 liter air - dipanaskan di atas api . Setelah larut ambil sebanyak 1 sudu besar larutan tadi dicampur dengan 1 liter air . Masukkan ke dalam botol penyembur dan semburkan kepada anai-anai atau semut. Dengan izin Allah serangga tadi akan lari dari menghuni tempat lain.

Sekiranya anda menggunakan racun serangga , bahayanya kepada alam sekitar anda. Anda bukan sahaja membunuh serangga tersebut tetapi anda membunuh diri anda sendiri tanpa anda sedari.


No comments:

Post a Comment